Peraturan Pertandingan Ragbi 7s


PERATURAN & FORMAT PERTANDINGAN KEJOHANAN RAGBI SBP 7s
BAWAH 16 TAHUN SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2019


1.0        PUSINGAN AWAL

1.1   Pada pusingan awal pertandingan akan dijalankan secara liga. Hanya 16 pasukan yang bertanding di peringkat kebangsaan edisi 2018 secara automatik akan mengetuai setiap kumpulan. Hanya 4 pasukan yang layak ke separuh akhir kejohanan tahun 2018 mendapat ’seeding’. Selain dari 4 pasukan tersebut undian pasukan dijalankan secara ’free for all’ oleh Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.2      Seeding“ adalah berdasarkan kepada keputusan edisi tahun 2018.

1.3  Sebanyak 60 pasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) termasuk Maktab Tentera Diraja (MTD) akan bermain pada pusingan awal dalam 16 kumpulan secara liga dalam kumpulan.

2.0        PUSINGAN KE - 2 DAN AKHIR

2.1     Johan dalam setiap kumpulan akan bermain untuk play-off bagi kategori Cup / Plate. Johan Kumpulan A, Kumpulan F, Kumpulan L, dan Kumpulan H akan mendapat ’seeding’. Johan dalam kumpulan lain akan diundi secara ’free for all’ oleh pengurus pasukan masing-masing.


2.2    Naib Johan dalam setiap kumpulan akan bermain play-off bagi kategori Bowl / Shield. Semua pasukan akan diundi secara ’free for all’ oleh pengurus pasukan masing-masing.

2.3    Tempat ketiga dalam kumpulan akan bermain pusingan ”round of 16” bagi kategori Spoon. Semua pasukan akan diundi secara ’free for all’ oleh setiap pengurus pasukan masing-masing.

2.4   Tempat Keempat dalam kumpulan akan bermain pusingan ”round of 16” bagi kategori Saucer. Semua pasukan akan diundi secara ’free for all’ oleh setiap pengurus pasukan masing-masing. Keutamaan mendapat bye adalah kepada pasukan yang berada dalam kumpulan yg mempunyai 4 pasukan.

2.5    Format kalah singkir akan diaplikasi di peringkat ”round of 16”  Spoon dan Saucer ini. Pasukan yang menang pada peringkat ”round of 16” ini akan meneruskan pertandingan ke peringkat suku akhir bagi kategori masing masing.

2.6      Format kalah singkir akan diaplikasi selepas peringkat suku akhir setiap kategori.

3.0          UNDANG-UNDANG PERMAINAN

              Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang Permainan Ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa (Variasi Bawah Umur 19 Tahun) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM terkini dengan menggunakan Variasi 7 ( tujuh) sepasukan yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia seperti:

3.1     Bilangan pemain di dalam pasukan adalah 7 (Tujuh) orang.

3.2     Bilangan pemain di dalam ’scrum’ adalah 3 (Tiga) orang.

3.3     Sekiranya timbul keraguan dari segi pentafsiran, undang-undang dalam bahasa Inggeris akan digunapakai.

3.4     Sepak mula dan penentuan padang:
3.4.1   Pasukan yang disebut dahulu (Home) akan melakukan sepak mula.

3.5     Pasukan ”Home & Away”:

3.5.1   Sekiranya terdapat persamaan warna jersi pasukan yang akan bermain, maka pasukan yang
                     disebut dahulu (Home) mestilah menukar jersi kepada set yang lain yang berlainan warna.

4.0          KELAYAKAN PASUKAN

4.1  Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 12 (Dua Belas) orang pemain dan 2 (Dua) orang pegawai pasukan terdiri daripada pengurus pasukan dan jurulatih.

4.2     Pendaftaran pasukan hendaklah dibuat sebelum perlawanan pertama pasukan tersebut dan pendaftaran tidak boleh dipinda selepas perlawanan pertama pasukan tersebut.

5.0          KELAYAKAN PEMAIN

5.1   Peserta-peserta yang berumur 16 tahun dan ke bawah pada 1 Januari tahun pertandingan sahaja yang dibenarkan didaftarkan untuk kejohanan ini. (Umur 16 tahun dan ke bawah pada 1 Januari 2019).

5.2   Semua peserta mestilah pelajar-pelajar yang didaftarkan dalam Jadual Kedatangan Sekolah yang sah (Bonafide) pada tahun 2019 yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

5.3  Hanya Kad Pengenalan Asal sahaja diterima pakai sebagai bukti umur. Pengurus pasukan hendaklah bersedia untuk menunjukkan kad pengenalan asal jika diminta oleh Pihak Pengelola Pertandingan pada bila-bila masa sahaja. Seseorang yang hilang kad pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan beserta gambar dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara (Borang JPN 1/11).

6.0          SISTEM PERTANDINGAN

6.1     Pusingan Awal

6.1.1  Pasukan ini akan dibahagikan kepada 16 kumpulan. 4 kumpulan terdiri daripada 3 pasukan dalam kumpulan, selebihnya 12 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan dalam setiap kumpulan.
6.1.2   Pada pusingan awal pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.

6.2     Pusingan Kedua
              
6.2.1  Johan dalam kumpulan akan bertanding di peringkat play-off dalam Kategori Cup / Plate. Pasukan yang menang dalam peringkat ini akan bermain  dalam Kategori Cup, manakala pasukan yang kalah akan bermain dalam Kategori Plate. Pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.

6.2.2  Naib Johan dalam kumpulan akan bertanding di peringkat play-off dalam Kategori Bowl / Shield. Pasukan yang menang dalam peringkat ini akan bermain  dalam Kategori Bowl, manakala pasukan yang kalah akan bermain dalam Kategori Shield. Pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.

6.2.3  Tempat ketiga dalam kumpulan akan bermain pusingan ”round of 16” bagi kategori Spoon. Semua pasukan akan diundi secara ’free for all’ oleh setiap pengurus pasukan masing-masing.

6.2.4  Tempat Keempat dalam kumpulan akan bermain pusingan ”round of 16” bagi kategori Saucer. Semua pasukan akan diundi secara ’free for all’ oleh setiap pengurus pasukan masing-masing. Keutamaan mendapat bye adalah kepada pasukan yang berada dalam kumpulan yg mempunyai 4 pasukan.

6.2.4   Pasukan bagi Kategori CUP dan PLATE ditetapkan seperti  berikut:

6.2.4.1  Johan dalam kumpulan akan bermain untuk play-off bagi kategori Cup / Plate. Johan Kumpulan A, Kumpulan F, Kumpulan H, dan Kumpulan L akan mendapat ’seeding’. Johan dalam kumpulan lain akan diundi secara ’free for all’ oleh setiap pengurus pasukan masing-masing.

6.2.4.2  Pasukan yang menang dalam play-off Cup / Plate akan bermain dalam peringkat SUKU AKHIR CUP, manakala pasukan yang kalah dalam play-off Cup / Plate akan bermain dalam peringkat SUKU AKHIR PLATE.

6.2.4.3  Pasukan yang menang pada perlawanan SEPARUH AKHIR CUP akan bermain untuk menentukan Johan dan Naib Johan CUP, manakala pasukan yang kalah pada SEPARUH AKHIR CUP akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat CUP.

6.2.4.4  Pasukan yang menang pada perlawanan SEPARUH AKHIR PLATE akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan PLATE.

6.2.5   Pasukan bagi Kategori BOWL dan SHIELD ditetapkan seperti berikut:

6.2.5.1  Naib Johan dalam kumpulan selepas pertandingan secara liga dalam kumpulan akan diundi untuk pusingan play-off  Bowl / Shield.

6.2.5.2  Pasukan yang menang dalam play-off Bowl / Shield akan bermain dalam peringkat SUKU AKHIR BOWL, manakala pasukan yang kalah dalam play-off Bowl / Shield akan bermain dalam peringkat SUKU AKHIR SHIELD.

6.2.5.3  Pasukan yang menang pada perlawanan SEPARUH AKHIR BOWL akan bermain untuk menentukan Johan dan Naib Johan BOWL.

6.2.5.4  Pasukan yang menang pada perlawanan SEPARUH AKHIR SHIELD akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan SHIELD.

6.2.6   Pasukan bagi Kategori SPOON dan SAUCER ditetapkan seperti berikut:

6.2.6.1     Tempat ketiga dalam kumpulan akan bermain pusingan ”round of 16” bagi kategori Spoon. Semua pasukan akan diundi secara ’free for all’ oleh setiap pengurus pasukan masing-masing.

6.2.6.2  Tempat keempat dalam kumpulan akan bermain pusingan ”round of 16” bagi kategori Saucer. Semua pasukan akan diundi secara ’free for all’ oleh setiap pengurus pasukan masing-masing. Keutamaan mendapat bye adalah kepada pasukan yang berada dalam kumpulan yg mempunyai 4 pasukan.

6.2.6.3    Pasukan yang menang pada perlawanan SEPARUH AKHIR SPOON akan bermain untuk menentukan Johan dan Naib Johan SPOON.

6.2.6.4   Pasukan yang menang pada perlawanan SEPARUH AKHIR SAUCER akan memasuki perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan SAUCER.

7.0          KEDUDUKAN DALAM LIGA / KALAH MATI

7.1     Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan:

                     Menang           :              3 mata
                     Seri                  :              1 mata
                     Kalah               :              0 mata

7.2  Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut:

7.2.1   Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.
7.2.2   Jika masih seri, pemenang yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
7.2.3   Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang dan,
7.2.4   Jika masih seri, jumlah pungutan(i) Try (ii) Gol Penalti dan (iii) Drop Goal akan diambil kira.
7.2.5   Jika masih seri, pemenang akan ditentukan secara ” Toss-Coin Best of Three”.

7.3    Dalam pertandingan mengikut sistem kalah singkir,  jika berlaku seri selepas sesuatu  perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang.
              
7.3.1  Sekiranya keputusan seri , maka  tambahan masa 3 minit sehala akan diberikan dan perlawanan akan dijalankan secara ”Sudden Death”.

7.3.2   Jika masih seri, sepakan penalti secara “Sudden Death” akan diadakan.



7.4     Sepakan Penalti ( Drop Kick )

7.4.1   Hanya 3 pemain sahaja akan mengambil sepakan penalti (Drop Kick) mengikut giliran selang -seli di garisan 22 meter.

7.4.2  Hanya pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti.

7.4.3  Sekiranya setelah sepakan penalti (Drop Kick)  dilakukan dan masih berkedudukan seri, maka pemenang akan ditentukan secara ”Toss-Coin Best of Three”.

8.0          MASA PERLAWANAN

8.1     Masa perlawanan bagi sesuatu perlawanan adalah 7 minit  – 1 minit – 7 minit

8.2     Masa untuk perlawanan Akhir Cup adalah 7 minit – 2 minit – 7 minit.

8.3   Jika sesuatu perlawanan itu terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tertentu dan perlawanan telah pun dijalankan melebihi 10 (Sepuluh) minit, maka keputusan pada masa perlawanan itu diberhentikan akan diambil kira.

9.0          PERTUKARAN PEMAIN

9.1    Semaksima 5 (Lima) pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan dan dijalankan secara sistem ”Rolling Substitution ” di mana pemain yang digantikan boleh bermain semula di dalam perlawanan tersebut.

9.2    Pemain yang dikenakan kad merah ”send off” tidak boleh masuk semula bagi gantian ”Rolling Substitution”.

10.0        MASA MELAPOR

10.1   Semua pasukan mestilah berada 15 minit sebelum masa perlawanan.

10.2   Semua pengurus pasukan mestilah menghantar senarai nama pemain 10 minit sebelum masa perlawanan kepada pegawai pertandingan.

10.3  Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 5 pemain untuk memulakan perlawanan.Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan skor 14 – 0.

10.4  Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang      ditentukan, maka perlawanan tersebut akan dibatalkan dan kemenangan percuma diberikan kepada pasukan lawan.

11.0        BANTAHAN

11.1   Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam masa Tiga Puluh (30) minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.

11.2   Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan ialah
         14 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

11.3   Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang tunai RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

11.4   Hanya bantahan yang melibatkan aspek teknikal yang akan dilayan. Bantahan yang melibatkan keputusan pengadil tidak akan diterima. Keputusan Pengadil adalah muktamad.

12.0        JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN

-         Pengerusi Pengelola atau wakilnya
-         Setiausaha Kejohanan atau wakilnya
-         Pengerusi Teknik Ragbi SBP
-         Pengadil Perlawanan ( Jika perlu )
-         3 orang Pengurus Pasukan yang berkecuali
-         Pegawai dari BSBPSK

  
13.0        JAWATANKUASA RAYUAN

               -      Pengerusi Pengelola Kejohanan
-      Setiausaha Pengelola Kejohanan
               -      Pengerusi Teknikal Kejohanan
               -      Pengurus Pasukan Ragbi Berkecuali
-      Pegawai dari BSBPSK

14.0        TINDAKAN TATATERTIB DAN DISIPLIN

14.1       Mana-mana pemain yang menerima Kad Kuning (Amaran), pemain tersebut akan direhatkan (Sin Bin) selama 2 minit di Meja Teknikal.

14.2      Mana-mana pemain  yang menerima Kad Merah (Dibuang padang), pemain tersebut akan digantung daripada perlawanan tersebut dan 1 (Satu) perlawanan seterusnya. Pemain tersebut hanya boleh bermain dalam kejohanan setelah Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin membuat sebarang keputusan. Sebarang rayuan dirujuk terus kepada Jawatankuasa Rayuan.

15.0        PENGADIL

15.1     Pengadil-pengadil dan Pembantu Pengadil akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama MSSM.

15.2    Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad dan sebarang bantahan terhadap keputusan pengadil tidak akan dilayan sama sekali.


16.0        PENTAKSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN   
               PERTANDINGAN

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam Undang -Undang Pertandingan ini dan keputusannya MUKTAMAD.