Peraturan Pertandingan Touch Rugby


PERATURAN & FORMAT KEJOHANAN RAGBI SBP 7s 
BAWAH 16 TAHUN SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

TOUCH RUGBY


1.0             PUSINGAN AWAL

1.1      Pada pusingan awal pertandingan akan dijalankan secara liga.  Hanya 4 pasukan yang layak ke separuh akhir kejohanan tahun 2018 mendapat ’seeding’. Selain dari 4 pasukan tersebut undian pasukan dijalankan secara ’free for all’ oleh Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.2      Sebanyak 40 pasukan perempuan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan bermain pada pusingan awal dalam 8 kumpulan secara liga dalam kumpulan.

2.0             SISTEM PERTANDINGAN / PUSINGAN KE - 2 DAN AKHIR

Pusingan Awal
              
2.1   Pasukan ini akan dibahagikan kepada 8 kumpulan.

2.2   Pada pusingan awal pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.


Pusingan Kedua

2.1      Johan kumpulan akan bermain bagi kategori Cup.

2.2      Naib Johan kumpulan akan bermain bagi kategori Plate.

2.3      Tempat Ke-3 kumpulan akan bermain bagi kategori Bowl.

2.4      Tempat ke- 4 akan bermain dalam kategori Shield.

2.5      Tempat ke- 5 akan bermain dalam kategori Spoon.

2.6      Format kalah singkir akan diaplikasi pada peringkat suku akhir setiap kategori.

3.0          UNDANG-UNDANG PERMAINAN

               Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang Permainan Ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa (Variasi Bawah Umur 19 Tahun) yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia dan MSSM.


4.0          KELAYAKAN PASUKAN

4.1          Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 12 orang pemain dan 3 orang pegawai pasukan    terdiri dari pengurus pasukan dan jurulatih.

4.2          Pendaftaran pasukan hendaklah dibuat sebelum perlawanan pertama pasukan tersebut dan pendaftaran tidak boleh dipinda selepas perlawanan pertama pasukan tersebut.

4.3          Semaksimum 6 pertukaran pemain secara ’rolling substitution’ dibenarkan.


5.0          KELAYAKAN PEMAIN

5.1          Semua pemain hendaklah terdiri daripada pelajar yang berdaftar dengan sekolah masing-masing dan berumur tidak lebih daripada 16 tahun pada 1 Januari 2019.



6.0          KEDUDUKAN DALAM LIGA / KALAH MATI

6.1          Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan:

                              Menang  :              3 mata
                              Seri         :              1 mata
                              Kalah     :              0 mata

6.2          Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama,   pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut:

                              6.2.1       Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.
6.2.2       Jika masih seri, pemenang yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
6.2.3       Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang dan,
                              6.2.4       Jika masih seri, jumlah pungutan(i) Try akan diambil kira.
                              6.2.5      Jika masih seri, lambungan syiling best of 3 akan diguna pakai bagi menentukan
                                             pemenang.


6.3          Dalam pertandingan mengikut sistem kalah singkir,  jika berlaku seri selepas sesuatu  perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang.
              
                             
                              6.3.2       Sekiranya keputusan seri , maka  tambahan masa 2 minit secara sudden death akan
                                        dijalankan dan bilangan pemain dikurangkan kepada 4 orang.
                              6.3.3       Jika masih seri, lambungan syiling ”best off 3” akan diadakan.


7.0          MASA PERLAWANAN

7.1          Masa perlawanan bagi bagi semua perlawanan akan dijalankan selama 10 minit sehala.

7.2         Hanya masa untuk perlawanan Akhir Kategori Cup Sahaja ialah 7 minit – 2 minit – 7 minit.


8.0          PERTUKARAN PEMAIN

Pemain boleh digantikan secara rolling substitution pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan.


9.0          MASA MELAPOR

9.1          Semua pasukan mestilah berada 9 minit sebelum masa perlawanan.

9.2          Semua pengurus pasukan mestilah menghantar senarai nama pemain   9 minit sebelum masa perlawanan kepada pegawai pertandingan.

9.3          Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 4 pemain untuk memulakan perlawanan.Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan skor
3 – 0.

9.4          Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang               ditentukan, maka perlawanan tersebut akan dibatalkan dan kemenangan percuma diberikan 
              kepada pasukan lawan.


  
10.0        BANTAHAN

10.1        Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam masa Tiga Puluh (30) minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.

10.2        Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan ialah 3 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

10.3        Setiap bantahan (10.1 dan 10.2) mestilah disertakan dengan wang tunai RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

10.4        Hanya bantahan yang melibatkan aspek teknikal yang akan dilayan. Bantahan yang melibatkan keputusan pengadil tidak akan diterima. Keputusan Pengadil adalah muktamad.


11.       JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN

-         Pengerusi Pengelola atau wakilnya
-         Setiausaha Kejohanan atau wakilnya
-         Pengerusi Teknik Ragbi SBP
-         Pengadil Perlawanan ( Jika perlu )
-         3 orang Pengurus Pasukan yang berkecuali
-         Pegawai dari BSBPSK


12.0        JAWATANKUASA RAYUAN

               -      Pengerusi Pengelola Kejohanan
-      Setiausaha Pengelola Kejohanan
               -      Pengerusi Teknikal Kejohanan
               -      Pengurus Pasukan Ragbi Berkecuali
-      Pegawai dari BSBPSK


13.0        TINDAKAN TATATERTIB DAN DISIPLIN

Mana-mana pemain yang menerima Kad Kuning (Amaran), pemain tersebut akan direhatkan (Sin Bin) selama 2 minit di Meja Teknikal. Mana-mana pemain  yang menerima Kad Merah (Dibuang padang), pemain tersebut akan digantung daripada perlawanan tersebut dan 1 (Satu) perlawanan seterusnya. Pemain tersebut hanya boleh bermain dalam kejohanan setelah Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin membuat sebarang keputusan. Sebarang rayuan dirujuk terus kepada Jawatankuasa Rayuan.


14.0        PENGADIL

               Pengadil dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama MSSM.


15.0        PENTAKSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam Undang-Undang Pertandingan ini dan keputusannya MUKTAMAD