1.0
PUSINGAN AWAL
1.1
Pada pusingan awal pertandingan akan
dijalankan secara liga. Undian pasukan
dijalankan secara ’free for all’ oleh pengetua SMS Teluk intan, Pengerusi
Teknik Ragbi SBP, Pengerusi Teknik Ragbi MSS Perak/Malaysia, dan wakil dari
Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.
1.2 Sebanyak 20 pasukan perempuan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan bermain
pada pusingan awal dalam 4 kumpulan secara liga dalam kumpulan.
2.0
PUSINGAN KE-2 DAN AKHIR
2.1
Johan dan Naib Johan kumpulan akan bermain untuk play-off bagi kategori Cup /
Plate.
2.2
Tempat Ke-3 dan Ke-4 akan bermain play-off bagi kategori Bowl / Shield.
2.3
Tempat ke- 5 akan bermain dalam semi final
kategori Spoon.
2.4
Format kalah singkir akan diaplikasi
pada peringkat separuh akhir setiap kategori.
3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Kejohanan ini akan
dimainkan menurut Undang-Undang Permainan Ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa
(Variasi Bawah Umur 19 Tahun) yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia
dan MSSM.
4.0 KELAYAKAN PASUKAN
4.1 Setiap
pasukan hendaklah terdiri daripada 12 orang pemain dan 3 orang pegawai
pasukan terdiri dari pengurus pasukan
dan jurulatih.
4.2 Pendaftaran
pasukan hendaklah dibuat sebelum perlawanan pertama pasukan tersebut dan
pendaftaran tidak boleh dipinda selepas perlawanan pertama pasukan tersebut.
4.3 Semaksimum 6 pertukaran pemain secara
’rolling substitution’ dibenarkan.
5.0 KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Semua
pemain hendaklah terdiri daripada pelajar yang berdaftar dengan sekolah
masing-masing dan berumur tidak lebih daripada 16 tahun pada 1 Januari 2018.
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pusingan Awal
6.1.1 Pasukan
ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.
6.1.2 Pada pusingan awal pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.
6.2 Pusingan Kedua
6.2.1 Johan dan Naib Johan kumpulan akan bermain untuk play-off bagi kategori Cup / Plate.
Pasukan yang menang dalam peringkat ini akan bermain dalam Kategori Cup, manakala pasukan yang
kalah akan bermain dalam Kategori Plate. Pertandingan akan dijalankan secara
kalah singkir.
6.2.2 Tempat
Ke-3 dan Ke-4 akan bermain play-off
bagi kategori Bowl / Shield. Pasukan yang menang dalam peringkat ini akan
bermain dalam Kategori Bowl, manakala
pasukan yang kalah akan bermain dalam Kategori Shield. Pertandingan akan
dijalankan secara kalah singkir.
6.2.3 Tempat ke- 5 akan bermain
dalam semi final kategori Spoon, Pertandingan akan dijalankan secara kalah
singkir.
7.0 KEDUDUKAN DALAM LIGA
/ KALAH MATI
7.1 Untuk pertandingan secara liga, mata
berikut akan diberikan:
Menang : 3 mata
Seri : 1
mata
Kalah : 0
mata
7.2 Jika 2
atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut:
7.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan
skor dikira menang.
7.2.2 Jika
masih seri, pemenang yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
7.2.3 Jika
masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang dan,
7.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan(i) Try
akan diambil kira.
7.2.5 Jika masih seri, lambungan syiling best of 3 akan diguna pakai bagi
menentukan
pemenang.
7.3 Dalam
pertandingan mengikut sistem kalah singkir,
jika berlaku seri selepas sesuatu
perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan
pemenang.
7.3.2 Sekiranya keputusan seri , maka tambahan masa 2 minit secara sudden death
akan
dijalankan dan bilangan pemain dikurangkan kepada 4 orang.
7.3.3 Jika masih seri, lambungan syiling ”best off 3” akan diadakan.
8.0 MASA PERLAWANAN
8.1 Masa
perlawanan bagi bagi semua perlawanan akan dijalankan selama 10
minit sehala.
8.2 Hanya masa untuk perlawanan Akhir Kategori Cup Sahaja ialah 7
minit – 2 minit – 7 minit.
9.0 PERTUKARAN PEMAIN
Pemain
boleh digantikan secara rolling substitution
pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan.
10.0 MASA MELAPOR
10.1 Semua pasukan mestilah berada 10 minit
sebelum masa perlawanan.
10.2 Semua
pengurus pasukan mestilah menghantar senarai nama pemain 10 minit sebelum masa perlawanan kepada
pegawai pertandingan.
10.3 Setiap
pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 4 pemain untuk memulakan
perlawanan.Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan
skor
3 –
0.
10.4 Jika satu pasukan tidak melaporkan diri
kepada pengadil 5 minit selepas masa yang ditentukan,
maka perlawanan tersebut akan dibatalkan dan kemenangan percuma diberikan
kepada pasukan lawan.
11.0 BANTAHAN
11.1 Bantahan
hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan
dalam masa Tiga Puluh (30) minit
selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.
11.2 Bermain
di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan
ialah 3 – 0 diberikan kepada pihak
yang membuat bantahan.
11.3 Setiap
bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang tunai RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus
Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.
11.4 Hanya bantahan yang melibatkan aspek
teknikal yang akan dilayan. Bantahan yang melibatkan keputusan pengadil tidak
akan diterima. Keputusan Pengadil adalah muktamad.
12.0 JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN
-
Pengerusi Pengelola atau wakilnya
-
Setiausaha Kejohanan atau wakilnya
-
Pengerusi Teknik Ragbi SBP
-
Pengadil Perlawanan ( Jika perlu )
-
3 orang Pengurus Pasukan yang
berkecuali
-
Pegawai dari BSBPSK
13.0 JAWATANKUASA
RAYUAN
- Pengerusi Pengelola Kejohanan
- Setiausaha Pengelola Kejohanan
- Pengerusi Teknikal Kejohanan
- Pengurus Pasukan Ragbi Berkecuali
- Pegawai dari BSBPSK
14.0 TINDAKAN TATATERTIB
DAN DISIPLIN
Mana-mana
pemain yang menerima Kad Kuning (Amaran),
pemain tersebut akan direhatkan (Sin
Bin) selama 2 minit di Meja Teknikal. Mana-mana pemain yang menerima Kad Merah (Dibuang padang), pemain tersebut akan digantung daripada
perlawanan tersebut dan 1 (Satu)
perlawanan seterusnya. Pemain tersebut hanya boleh bermain dalam kejohanan
setelah Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin membuat sebarang keputusan.
Sebarang rayuan dirujuk terus kepada Jawatankuasa Rayuan.
15.0 PENGADIL
Pengadil dilantik oleh
Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama MSSM.
16.0 PENTAKSIRAN
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
Jawatankuasa
Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam
Undang-Undang Pertandingan ini dan keputusannya MUKTAMAD